gravatar

Ragam Muslim

http://www.kisahwanita.com/

Di hadapan  Almari Pakaian

Cik A : Hari ini nak pakai baju kurung la, manis sikit.
Mr X : Pakai baju kurung tak stail la. Longgar pulak. Tak de shape la nanti.
Cik A : Erm pakai kemeja lah, nampak slim sikit.
الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ.
“Wanita adalah aurat, apabila dia keluar maka syaitan menghias-hiaskannya (untuk menarik perhatian lelaki).”
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Di hadapan meja solek

Cik B : Make up simple ok kot. Ala kadar sahaja.
Mr X : Tebal la baru orang perasan sikit. Baru menyerlah. Sembur Perfume banyak-banyak kasi wangi.
Cik B : Nak gayakan tudung macam mana yer?
Mr X : Silang atas sikit tudung ni, baru cantik.
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka”
[An-Nur (24):31]
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.”
[ An-Nur (24):31]
أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية
“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.”

Waktu Subuh

Cik C : Dah subuh, kena bangun solat.
Mr X : Baru 6.00 pagi, tidur 15minit dulu. Sejuk ni tidur dulu.
الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)
 Ertinya: ” Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah” ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)
Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi :
Solat di awal waktunya” (Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani menshohihkannya)

Artikel Terkait by Categories



Widget by Uda3's Blog
Bagikan

Sorotan